1.Terdapat empat pendapat yang berbeza daripada sejarawan cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara. Pendapat tersebut ialah
(a)Pendapat pertama, peranan golongan ksyatria atau tentera. Pendapat ini manyatakan bahawa pembentukan tanah jajahan takluk oleh golongan penakluk dari India bertanggungjawab menyebarkan kebudayaan India.
(b)Pendapat kedua, peranan golonag vaisya atau pedagang. Proses perdagangan dikatakan sebagai faktor utama penyebaran kebudayaan India di Asia Tenggara.
(c)Pendapat ketiga, peranan golongan Brahmin atau pendeta.
(d) Pendapat keempat, peranan masyarakat tempatan menyerap atau mengambil aspek-aspek kebudayaan India yang menarik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.
2.Kebanyakan ahli sejarah setuju dengan pendapat keempat keranan disokong oleh kajian ahli arkeologi. Buktinya ialah penemuan seni arca yang mempunyai langgam yang bercirikan Asia Tenggara, contohnya arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya boleh diperoleh di Srivijaya.
3.Campuran unsur tempatan dengan unsur dari India jelas dapat dilihat pada binaan-binaan yang dijumpai di Asia Tenggara, antaranya Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Indonesia, Candi Angkor Wat di Kemboja, candi-candi di Lembah Bujang,Kedah dan Candi Padang Lawas dan Muara Takan di Sumatera.
4.Proses pengambilan dan penyerapan aspek-aspek kebudayaan India di Asia Tenggara adalah besar kemungkinan berbeza antara seorang pemerintah dengan pemerintah yang lain walaupun proses tersebut berlaku pada waktu yang sama.
(a)Contohnya, pada abad ke-5 M, agama Hindu diamalkan di Dieng (Indonesia) walaupun pada masa yang sama agama Buddha dianuti kerajaan Kedah Tua. (b)Pada abad ke-7 M pula, agama Hindu mazhab Vishnu diamalkan kerajaan di takuapa dan Pulau Bangka, manakala di Sumatera dan Jawa agama Buddha Mahayana diamalkan.
5.Faktor perdagangan merupakan dorongan utama penerimaan aspek kebudayaan India, khususnya keagamaan dan sistem beraja dalam kalangan masyarakat peribumi di Asia Tenggara. Beberapa aspek kebudayaan India yang lain yang diterapkan dan diterima hingga hari inin ialah sistem pemerintakan dan pentadbiran, kesenian dan kesusasteraan.
(a)Perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah pun wujud semenjak abad ke-5M (b)Setelah bekalan emas dari Rom ke India dikentikan pada saman Maharaja Vespian, India berusaha memperoleh logam tersebut dari Asia Tenggara dan ini selanjutnya memajukan perdagangan dua hala antara India dengan Asia Tenggara.
(c) Perdagangan laut ini membolehkan interaksi berlaku antara penduduk Asia Tenggara dengan kuasa luar seperti India dan akibatnya proses assimilasi budaya berlaku
Very useful
ReplyDeleteGood notes
ReplyDeleteGood .Easy for all student to do their homework.
ReplyDeletethank u so much
ReplyDeleteq
ReplyDeleteThanks for the useful notes.. it help me to do my homework
ReplyDeleteAjar buat hw boleh👉👈
Deletethank for knowledge
ReplyDeleteI dont think so
ReplyDeleteit is a really useful notes. THANK U SOOOO MUCH
ReplyDelete