Tuesday 23 July 2013

3.2 Bentuk-bentuk Kerajaan Awal

3.2 Bentuk-bentuk Kerajaan Awal

Kerajaan Agraria

1. Tamadun awal Asia Tenggara terbentuk secara evolusi seperti tamadun awal yang lain di dunia.
  • kemunculan kerajaan ini bermula dengan kewujudan petempatan kekal di kawasan yang subur, contohnya di lembah-lembah sungai
  • Petempatam kemudiannya berkembang menjadi bandar dan akhirnya menjadi sebuah kerajaan.
2. Tanaman utama yang diusahakan di lembah sungai ialah padi kerana kawasan tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah.
3. Di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat air, dibuat teres dan relung untuk penanaman padi huma. 

4. Tanaman lain yang ditanam sebagai tanaman sampingan ialah pisang, jagung, keledek, sayur-sayuan dan buah-buahan. Pelbagai jenis rempah seperti jengkih dan lada hitam juga dihasilkan.

5. Penduduk Agraria, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman juga menjalankan kegiatan mengumpulkan hasil hutan seperti damar, kayu, cendana, kapur, barus, kayu gaharu, tanduk, gading dan buah-buahan. Sarang burung juga dikumpulkan dari kawasan gua untuk diperdagangkan.

6. Di kawasan sawah, paya dan sungai, kegiatan menangkap ikan daan kegiatan menangkap ikan dan kegiatan mendapatkan kulit kura-kura juga diusahakan. 

7. Penduduk agraria juga memternak binatang seperti ayam, kambing, kerbau dan lembu.

8. Pada tahap awal, pertanian adalah untuk menyara diri sendiri.

9. Apabila terdapat lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman, lebihan tersebut akan dipasarkan dan dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian, khususnya masyarakat bandar atau penduduk maritim.

10. Pembinaan sistem pengairan yang baik mempengaruhi perkembangan pertanian. 

11. Di Funan dam Angkor, sistem pengairan membolehkan sumber air dari Sungai Mekongdan Tasik Tonle Sap disalurkan kekawasan pertaninnya. 

12. Raja Funan dan Angkor terlibat dalam pembinaan sistem pengairan dan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusannya. 

13. Contohnya, Raja Indravarman I telah membina sistem pengairan dan baray (tempat takungan air buatan manusia yang berbentuk tasik) yang mampu mengairi kawasan seluas 12.5 juta ekar. Hal ini membolehkan kerajaan Angkor menghasilkan beras yang mencukupi untuk rakyatnya. 

14. Pada musim hujan, air akan ditakungkan di baray supaya dapat disalirkan pada musim kemarau untuk mengairi kawasan sawah padi. Air di baray juga dijadikan air untuk minuman.

15. Kerajaan Angkor merupakan kerajaan yang kuat dan agunug. Kerajaan ini terletak di Lembah sungai Mekong.

16. Kemajuan Angkor sebahagian besarnya adalah kerana peranan yang dimainkan oleh Tasik Tonle Sap yang memperoleh air dari Sungai Mekong.

17. Kerajaan Agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim ialah Kerajaan Funan.
(a). hal ini berlaku kerana kedudukan Oc-Eo yang terletak di muara Sungai Mekong yang terlindung daripada tiupan angin dari Teluk Siam.
(b). mempunyai kemudahan  bekalan minuman dan makanan

Kerajaan Maritim

1. Lokasinya adalah di muara lembah sungai di kawasan pesisiran pantai dan di kawasan kepulauan. Antara kerajaan maritim yang utama ialah
(a). di Tanah Melayu: Langkasuka(Sungai Yarang), Kalah(Sungai Takupa), Kedah Tua(Sungai Merbok dan Sungai Muda), Chih-tu(Sungai Kelantan), Fo-lo-an(Sungai Pekan, Pahang) dan Tiumah(Pulau tioman)
(b). di kepulauan Indonesia: Srivijaya(Sungai Musi), dan Mo-lo-yu(Sungai Batang Hari)



2. Pada peringkat awal, penduduk kerajaan maritim menjalankan aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil laut.

3. Ada juga sesetengah petempatan maritim merupakan kawasan pengeluar bijih logam seperti emas dan timah.

4. Apabila barangan yang dihasilkan petempatan maritim tersebut melebihi keperluan masyarakat setempat, barangan ini akan diperdagangkan dan petempatan maritim tersebut akan berkembang menjadi tempat berdagang.

5. Kerajaan-kerajaan maritim mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pelabuhan yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti perdagangan. Antara kemudahan tersebut ialah kemudahan bekalan air, penginapan, gudang untuk menyimpan barang dan kawasan untuk aktiviti jual beli.

6.Pelabuhan-pelabuhan yang wujud di kerajaan-kerajaan maritm dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya:

Pelabuhan pembekal

  • Merupakan pelabuhan peringkat terawal.
  • Berperanan membekalkan hasil tempatan seperti logam (timah dan emas), hasil hutan (damar, kayu gaharu, rotan), hasil laut dan juga makanan kepada para pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.
  • Contoh pelabuhan pembekal ialah Kuala Selinsing(Perak), Jenderam Hilir dan Klang (Selangor) dan Kuala Berang (Terengganu).
Pelabuhan Kerajaan 
  • Merupakan pelabuhan yang telah berkembang maju apabila terbina sebuah kerajaan di sekitar pelabuhan pembekal.
  • Masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang, tetapi untuk kawasan yang lebih luas.
  • Antara pelabuhan kerajaan yang wujud ialah Champa, Kedah Tua, Langkasula dan Srivijaya.
  • Pada awalnya, kerajaan-kerajaan ini berdagang dengan kawasan yang berhampiran, contohnya antara Champa dengan Langkasuka.
  • Pelabuhan tersebut kemudiannya berkembang sehingga dapat menarik perhatian pedagang dari persisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan Barat.  

Pelabuhan Entrepot

  • Merupakan pelabuhan yang memperdagangkan hasil tempatan serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.. 
  • Pelabuhan ini juga membeli barang daripada pedagang antarabangsa untuk diedarkan kepada saudagar-saudagar yang datang dari pelabuhan sekitarnya yang datang dari kawasan takluknya.
  • Pelabuhan ini biasanya berkembang dari pelabuhan kerajaan yang mempunyai kedudukan yang amat strategik. Contohnya, Kedah Tua dan Srivijaya. Ini berdasarkan:
          (a) Lokasinya di Selat Melaka dan Selat Sunda
          (b) Kedudukan di laluan perdagangan di antara India dan China
          (c) Kawasan sekitarnya yang kaya dengan pelbagai hasil logam, hasil hutan, hasil laut dan hasil                            pertanian 
7. Kawasan di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya kaya dengan logam emas dan timah yang dapat menarik pedagang asing ke pelabuhan-pelabuhan di sini. Buktinya, dalam catatan Yunani, Ptolemy memberikan nama 'Golden Khersonese'(Semenanjung Emas) kepada Semenanjung Tanah Melayu. Saudagar-saudagar India pula memberikan nama 'Suvarnadvipa' (Semenanjung Emas) dan 'Suvarnabhumi' (Bumi Emas) kepada Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.

8. Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, Orang Laut dan pedagang luar. 
(a) Di kerajaan maritim biasanya lebih daripada satu bahasa digunakan. 
(b) Namun, bahasa Melayu telah lama dijadikan masyarakat maritim sebagai bahasa perhubungan (lingua franca) di rantau Asia Tenggara. 

9. Bahasa Melayu digunakan dalam urusan perdagangan. Keadaan ini wujud kerana orang Melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di rantau Asia Tenggara. 

10. Pelabuhan masyarakat Melayu juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan terletak di lokasi yang strategik. Akibatnya, mereka berjaya muncul sebagai kuasa politik di rantau Asia Tenggara. Contohnya, Kerajaan Champa dan Kerajaan Srivijaya.

11. Kerajaan maritim juga berkembang maju kerana
(a) Penduduk mempunyai kemahiran berlayar ke kawasan yang jauh untuk berdagang dengan berpandukan bintang di langit.
(b) mereka juga mempunyai kemahiran membuat perahu untuk perdagangan jarak dekat dan kapal layar untuk jarak jauh.




2 comments:

  1. The Best Betting Sites in the UK for 2021 | UK Gambling Sites
    1. Bet365 – UK's No.1 Sportsbook & Casino. 3. Bet365 has a 벳썸 large 바카라 사이트 총판 range of markets in the market, which make it an attractive choice for bettors. They 🎁 bet365: Trusted review, real users' ratings, games: 550+💰 Welcome Bonus: 100% 파라오 바카라 up to C$1000 + 100 Free Spins💸 Min Deposit: C$10🎁 Bonus Wager Options: Risk-Free Bet Up to C$2500💳. 감사 짤 Minimum Deposit: 해외 토토 사이트 C$10

    ReplyDelete