Wednesday 24 July 2013

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesusasteraan

1.   Pencapaian intelek masyarakat di Asia Tenggara ditingkatkan akibat kedatangan bahasa Sanskrit.

2.   Catatan-catatan dalam bahasa Sanskrit pada batu-batu bersurat juga memberikan kita banyak  maklumat mengenai agama, pemerintahan, raja dan undang-undang kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.

3.   Batu bersurat banyak dijumpai di Asia Tenggara antaranya di Kutei, Sungai Mas (Kedah Tua) dan Palembang. Kebanyakannya menunjukkan arahan dan maklumat yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
a)   Batu bersurat Kutei mengenai keturunan raja
b)   Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) pula mengenai agama Buddha
c)   Batu bersurat di Palembang pula kebanyakan mengenai pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar supaya tidak menderhaka.

4.   Catatan-catatan pada batu bersurat membuktikan bahawa penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit

5.   Ukiran-ukiran pada batu-batu bersurat pula menunjukkan bahawa masyarakat tempatan di Asia Tenggara mahir dalam seni memahat
contoh batu bersurat

6.   Bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana, komunakasi dan keagamaan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara
a)   Bahasa ini terdapat dalam kitab-kitab berkaitan dengan keagamaan, bahasa pemerintah dan ilmu.
b)   Mempengaruhi bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara
contoh tulisan Sanskrit

7.   Banyak perkataan Sanskrit masih kekal dalam Bahasa Melayu dan bahasa lain walaupun telah mengalami proses penyesuaian.

8.   Antara perkataan Sanskrit yang masih terdapat dalam bahasa Melayu walaupun dalam bentuk yang telah diubahsuaikan ialah perkataan dosa, dukkha (duka), manusa (manusia), phala (pahala), rupa, samsara (sengsara) dan aksara (huruf).

9.   Peranan bahasa Sanskrit yang juga dapat dikesan dalam bidang kesusasteraan. Bahasa Sanskrit terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil. Perkataan kesusasteraan itu sendiri berasal daripada bahasa Sanskrit yang bererti kitab suci atau cerita.

10.   Perkembangan kesusasteraan Melayu di Nusantara kuat dipengaruhi oleh karya-karya dalam bahasa Sanskrit, khususnya dua epik Hindu, iaitu Ramayana dan Mahabharata serta Puranas.
a)   Mereka memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik kuno di Asia Tenggara.
b)   Pada peringkat awal, pengaruh kesusasteraan India (dalam bahasa Sanskrit)dapat dilihat dalam bentuk puisi atau prosa jawa, contohnya Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunawiwaha dan Kunjarkarna.

11.   Apabilamasyarakat Asia Tenggara terdedah kepada cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui penceritaan lisan, kesusasteraan atau teoter seperti wayang kulit, lahir pula naskhah epik-epik tersebut yang telah diadun dengan unsur tempatan. Antaranya ialah
a)   Pengaruh Mahabharata : Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya, Hikayat Sang Samba.
b)   Pengaruh Ramayana : Hikayat Seri Rama.

Monumen Terkenal - Candi di Lembah Bujang



Monumen Terkenal

Candi di Lembah Bujang





  • Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai oleh james Low pada tahun 1840-an. Kebanyakan candi yang ditemui hanya tinggal bahagian tapak sahaja. Sejak itu, ada antara candi yang dijumpai telah dibina semula. Antaranya ialah candi yang dijumpai di Estet Sungai Batu, Bukit Batu Pahat, Pendiat dan Pangkalan Bujang.

  • Candi-candi di sini berunsurkan agama Hindu dan juga ada yang berunsurkan agama Buddha.

  • Candi yang terdapat di sini adalah bersaiz kecil.

  • Candi yang berunsurkan agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu vimana ( bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan) dan mendapa ( bahagian luar candi).

  • Candi yang berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform ( berbentuk salib).

Monumen Terkenal - Borobudur

Monumen Terkenal


   Borobudur





  • Merupakan candi yang terkenal di Jawa Tengah yang dibina pada zaman kerajaan Sailendra. Pembinaannya mengambil masa 75 tahun.
  • Dibina berdasarkan ajaran Buddha Mahayana.
  • Bangunan tersebut dibina bertingkat-tingkat dan dibahagikan kepada tiga bahagian. Binaan ini selaras dengan konsep jalan mulia berlapis lapan yang dibahagikan kepada tiga bahagian besar, iaitu panna ( aspek kebijaksaan, iaitu memahami dan berfikir dengan benar) , samadhi ( aspek penumpuan yang merangkumi bertindak, bercakap serta mengamalkan cara hidup yang benar) , dan sila ( aspek moral yang merangkumi usaha, pertimbangan dan tumpuan yang benar).
  • Borobudur terdiri daripada tiga tingkat dengan setiap tingkat terdapat stupa-stupa kecil yang di dalamnya terdapat patung Buddha.
  • Pada setiap dinding Borobudur terlukis cerita-cerita tentang kehidupan Gautama Buddha.
  • Seorang pengkaji sejarah, iaitu Casparis berpendapat nama Borobudur berasal daripada nama Bhumisambarabhudara yang bermaksud “Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva”.


Monumen Terkenal - Angkor Wat


Monumen Terkenal



  • Angkor Wat di Kemboja merupakan antara monument yang terkenal di Asia Tenggara.
  • Dibina untuk agama Hindu.
  • Dibina untuk menyembah dewa Vishnu. Pintu besarnya yang mengarah ke barat berkait dengan dewa Vishnu.
  • Merupakan tempat bersemadinya roh diraja.
  • Terletak di utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos.
  • Tempat pemujaan terletak di bahagian tengah.
  • Binaannya bertingkat empat dengan setiap sudutnya mempunyai menara.
  • Tembok berukuran 850meter lebar dan panjang 1000meter yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir terdapat di bahagian luarnya.
  • Ukiran yang menggambarkan cerita daripada epik Ramayana dan Mahabharata terdapat pada dindingnya.
  • Dibina oleh Suryavarman II berikutan kejayaannya dalam peperangan dengan Champa dan seterusnya menyatukan Kampuchea.
  • Dibina untuk menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan Suryavarman II





Cara-cara Kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha

 Cara-cara Kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha
1.Terdapat empat pendapat yang berbeza daripada sejarawan cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara. Pendapat tersebut ialah
   (a)Pendapat pertama, peranan golongan ksyatria atau tentera. Pendapat ini manyatakan bahawa pembentukan tanah jajahan takluk oleh golongan penakluk dari India bertanggungjawab menyebarkan kebudayaan India.
   (b)Pendapat kedua, peranan golonag vaisya atau pedagang. Proses perdagangan dikatakan sebagai faktor utama penyebaran kebudayaan India di Asia Tenggara.
   (c)Pendapat ketiga, peranan golongan Brahmin atau pendeta.
   (d) Pendapat keempat, peranan masyarakat tempatan menyerap atau mengambil aspek-aspek kebudayaan India yang menarik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan.


2.Kebanyakan ahli sejarah setuju dengan pendapat keempat keranan disokong oleh kajian ahli arkeologi. Buktinya ialah penemuan seni arca yang mempunyai langgam yang bercirikan Asia Tenggara, contohnya arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya boleh diperoleh di Srivijaya.

3.Campuran unsur tempatan dengan unsur dari India jelas dapat dilihat pada binaan-binaan yang dijumpai di Asia Tenggara, antaranya Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Indonesia, Candi Angkor Wat di Kemboja, candi-candi di Lembah Bujang,Kedah dan Candi Padang Lawas dan Muara Takan di Sumatera.

4.Proses pengambilan dan penyerapan aspek-aspek kebudayaan India di Asia Tenggara adalah besar kemungkinan berbeza antara seorang pemerintah dengan pemerintah yang lain walaupun proses tersebut berlaku pada waktu yang sama.
   (a)Contohnya, pada abad ke-5 M, agama Hindu diamalkan di Dieng (Indonesia) walaupun pada masa yang sama agama Buddha dianuti kerajaan Kedah Tua.   (b)Pada abad ke-7 M pula, agama Hindu mazhab Vishnu diamalkan kerajaan di takuapa dan Pulau Bangka, manakala di Sumatera dan Jawa agama Buddha Mahayana diamalkan.

5.Faktor perdagangan merupakan dorongan utama penerimaan aspek kebudayaan India, khususnya keagamaan dan sistem beraja dalam kalangan masyarakat peribumi di Asia Tenggara. Beberapa aspek kebudayaan India yang lain yang diterapkan dan diterima hingga hari inin ialah sistem pemerintakan dan pentadbiran, kesenian dan kesusasteraan.
   (a)Perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah pun wujud semenjak abad ke-5M   (b)Setelah bekalan emas dari Rom ke India dikentikan pada saman Maharaja Vespian, India berusaha memperoleh logam tersebut dari Asia Tenggara dan ini selanjutnya memajukan perdagangan dua hala antara India dengan Asia Tenggara.
   (c) Perdagangan laut ini membolehkan interaksi berlaku antara penduduk Asia Tenggara dengan kuasa luar seperti India dan akibatnya proses assimilasi budaya berlaku