Tuesday 23 July 2013

Bab 3 Kerajaan Awal Di Asia Tenggara

Bab 3 Kerajaan Awal Di Asia Tenggara

3.1 Perkembangan Tamadun Awal asia Tenggara

1. Proses kemajuan dalam kemajuan manusia berlaku dalam pembinaan tamadun awal seperti Mesopotamia, Mesir Purba , Indus dan Hwang Ho pada sekitar tahun 3500 S.M. Proses berikut selanjutnya diperkembangkan lagi oleh tamadun Yunani, Rom, India dan China pada sekitar tahun 800-200 S.M. Keadaan ini juga dicapai masyarakat di rantau Asia Tenggara.
 tamadun mesopotamia
 tamadun mesir purba
tamadun Indus
tamadun hwang ho

2.Kemunculan tamadun awal di rantau asia tenggara boleh dibahagikan mengikut dua kawasan geografi:
  • Tanah Besar Asia Tenggara (Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayunthia) 
  • Kepulauan Asia Tenggara (Tanah Melayu: Kedah Tua, Gangga Negara dan langkasuka)(Kepulauan Indonesia: Srivijaya, Majapahit, Singhasaridan Mataram)
3. Kemunculan tamadun dan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan sumber bertulis dan artifak arkeologi.

4. Data arkeologi yang dapat membuktikan wujudnya kerajaan Funan pada abad ke-3 M ialah jumpaan artifak seperti arca berunsur Hindu dan Buddha yang dipengaruhi oleh langgam atau kaedah seni arca Amaravati. Amaravati merupakan sebuah pusat seni pahatan arca India yang terkenal pada sekitar pertengahan abad ke 12-M dan abad ke-3 M. Pusat ini juga terkenal dengan arca berunsur Buddha.

5. Pada peringkat awal kemunculan tamadun, kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara telah pun mewujudkan hubungan diplomatik dengan China dan hubungan kebudayaan dengan India.

6. Hubungan perdagangan antara petempatan awal di asia tenggara sebenarnya telah pun wujud sejak Zaman Logam lagi.

7. Buktinya ialah jumpaan artifak gendang angsa Dongson(Vietnam Utara) di Batu Buruk dan Besut (Tenggara), Sungai Klang(Selangor), Thailand, Myammar dan Indonesia .

8. Petempatan-petempatan awal yang telah menjalinkan hubungan dengan Dongson kesemuanya terletak berhampiran dengan sungai dan merupakan pelabuhan-pelabuhan yang membekalkan bahan mentah seperti timah untuk penghasilan gendang di Dongson.

9. Hubungan perdagangan dengan kawasan luar juga terbukti wujud dalam kalangan petempatan awal di Asia Tenggara.

10. Antara buktinya ialah persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selingsing (Perak), Kota Tinggi dan Muar(Johor) serta pantai Barat dan selatan Thailand. Hal ini membuktikan wujudnya hubungan dagangan dengan Rom.

11. Bukti perjumpaan manik dan tembikar menunjukkan bahawa perdagangan maritim telah berkembang maju dirantau Asia Tenggara sejak abad ke-5 M.

12. Pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara dikatakan berkait rapat dengan aktiviti tersebut kerana wujudnya perdagangan maritim  membuktikan bahawa penduduk di Asia Tenggara telah pun mahir dalam pembinaan kapal layar dan perahu.

13. Walaupun proses pembentukan tamadun awal telah pun bermula di Asia Tenggara sejak abad ke-2 atau ke-3 M, namun petempatan-petempatan awal tidak boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana pemerintahannya belum digelar raja.

1 comment:

  1. Seminole Hard Rock Hotel & Casino Hollywood, FL
    Seminole 속초 출장마사지 Hard Rock 경주 출장샵 Hotel & 강원도 출장마사지 Casino 동해 출장샵 Hollywood in Hollywood, FL. Find reviews, hours, directions, phone 안양 출장샵 number, address, hours,  Rating: 4 · ‎1,181 reviews

    ReplyDelete