2. Catatan-catatan dalam bahasa Sanskrit pada batu-batu bersurat juga memberikan kita banyak maklumat mengenai agama, pemerintahan, raja dan undang-undang kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.
3. Batu bersurat banyak dijumpai di Asia Tenggara antaranya di Kutei, Sungai Mas (Kedah Tua) dan Palembang. Kebanyakannya menunjukkan arahan dan maklumat yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
a) Batu bersurat Kutei mengenai keturunan raja
b) Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) pula mengenai agama Buddha
c) Batu bersurat di Palembang pula kebanyakan mengenai pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar supaya tidak menderhaka.
4. Catatan-catatan pada batu bersurat membuktikan bahawa penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit
5. Ukiran-ukiran pada batu-batu bersurat pula menunjukkan bahawa masyarakat tempatan di Asia Tenggara mahir dalam seni memahat
contoh batu bersurat
6. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana, komunakasi dan keagamaan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara
a) Bahasa ini terdapat dalam kitab-kitab berkaitan dengan keagamaan, bahasa pemerintah dan ilmu.
b) Mempengaruhi bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara
7. Banyak perkataan Sanskrit masih kekal dalam Bahasa Melayu dan bahasa lain walaupun telah mengalami proses penyesuaian.
8. Antara perkataan Sanskrit yang masih terdapat dalam bahasa Melayu walaupun dalam bentuk yang telah diubahsuaikan ialah perkataan dosa, dukkha (duka), manusa (manusia), phala (pahala), rupa, samsara (sengsara) dan aksara (huruf).
9. Peranan bahasa Sanskrit yang juga dapat dikesan dalam bidang kesusasteraan. Bahasa Sanskrit terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil. Perkataan kesusasteraan itu sendiri berasal daripada bahasa Sanskrit yang bererti kitab suci atau cerita.
10. Perkembangan kesusasteraan Melayu di Nusantara kuat dipengaruhi oleh karya-karya dalam bahasa Sanskrit, khususnya dua epik Hindu, iaitu Ramayana dan Mahabharata serta Puranas.
a) Mereka memberikan sumbangan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik kuno di Asia Tenggara.
b) Pada peringkat awal, pengaruh kesusasteraan India (dalam bahasa Sanskrit)dapat dilihat dalam bentuk puisi atau prosa jawa, contohnya Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunawiwaha dan Kunjarkarna.
11. Apabilamasyarakat Asia Tenggara terdedah kepada cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui penceritaan lisan, kesusasteraan atau teoter seperti wayang kulit, lahir pula naskhah epik-epik tersebut yang telah diadun dengan unsur tempatan. Antaranya ialah
a) Pengaruh Mahabharata : Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya, Hikayat Sang Samba.
b) Pengaruh Ramayana : Hikayat Seri Rama.